perantau desa

perantau desa
kusampaikan salam ucapan mesra..

cetusan atma..


''.....JIwa manusia tidak terlepas dari resah bila mula mencintai selain Allah, Biarpun begitu fitrah manusia tidak terlepas dari ingin mencintai dan dicintai...Usahlah dirimu keliru bila bercinta itu dikatakan salah, kerana bukan Allah sengaja menghalang fitrahmu , hanya DIA ingin pastikan kau miliki cinta yang diredhai..."""


"Hebatnya perasaan yang Allah cipta pada diri setiap manusia, hanya sekilas rasa perasaan mampu mengubah kita samada mencintai penciptanya atau tersungkur jatuh..hebatnya perasaan kerana dengannya ia bisa menjauh dan mendekatkan sesama manusia tetapi lemahnya manusia kerana hanya sesaat ,perasaan mampu meruntuhkan iman manusia yang sebelum ini terbina teguh.."


""" Manusia yang sempurna ialah manusia yang tahu kekurangan dirinya tetapi berusaha mencari kemuliaan di hadapan penciptanya..TETAPI..manusia yang merasakan dirinya sempurna ialah manusia yang tidak mengakui kelemahannya dan tidak pula mahu mencari keredhaan dari penciptanya"""


"...Hati manusia diciptakan berbelah bahagi bila terjerat dengan perasaan ,Disebalik perasaan itu Allah ciptakan akal untuk menilai semula apa yang dirasanya..Ternyata ,iman akan memujuk akal supaya bijak membuat pilihan dan nafsu juga terus menggoda hati untuk membuat kputusan yang tergesa-gesa....""


""manusia yang lemah tanpa iman mudah untuk disungkurkan sekalipun musuhnya itu hanyalah manusia biasa..Akan tetapi..Manusia yang hebat dengan Iman di jiwanya sungguh istimewa sehingga malaikat juga perlu mengakuinya""

"" ...Jika mencintai Manusia, janganlah mencintainya sepenuh hatimu ,kerana bila sampai waktunya mungkin kau tidak akan diperlukan lagi..Tetapi jika mencintai manusia ,kongsilah rasa cinta itu pada yang ESA kerana dirimu akan tahu siapa sebenarnya yang lebih "layak" untuk dicintai......"""


"" kAsihanilah jodohmu kerana tidak adil baginya jika di luar sana engkau tidak seperti yang dimahukan agama sedangkan dia bersungguh memeliharanya, Kasihanilah jodohmu jika dia setia pada pada janji-janji Allah sedangkan kau bebas melanggarnya...Jangan disebabkan keegoanmu membuatkan takdir Allah mengubah segala-galanya,jangan pula disebabkan kejahilanmu semua yang ditetapkan terlerai begitu sahaja"


''...Akhir hidup manusia ada yang seperti yang dimahukan dan ada juga yang tidak disangkakan ,keinginan yang kita kejar buatkan hati dan jiwa semakin berpaling dari landasan sebenar..janganlah terlalu mengikut telunjuk hati yang setiasa mahukan kesmpurnaan,Tetapi terimalah segala kekurangan kerana itulah "kesempurnaan" buat mereka yang sentiasa sabar...""
‎"usia manusia sentiasa terus menghampiri ketetapan penciptanya ,tiada yang mampu menghalangnya daripada terus menghampiri penghujung jalan ,..bila usia berakhir akan terungkailah segala-galanya ,apakah semasa hayat tuannya cinta yang didambakan tulus untuk Allah atau hanya tutur di lisan"

Mulut berkata inginkan syurga, namun hati jauh dariNya, sentiasa dipenuhi dgn cinta dan rindu manusia..Mulut kata takutkan neraka, namun diri tak lekang dari melaksanakan kemurkaanNya, hingga tiada kesal dirasai oleh jiwa..Sedarilah, mahar syurga itu tiada ternilai harganya, mana kan mungkin dapat dibayar dgn amalan kita smata2?namun dikurniakannya krn keagungan rahmatNya..

Ø Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya


bagi seseorang."setiap detik setiap masa ataupun setiap saat adalah begitu bahaya untuk mana-mana manusia,Setiap nafas setiap getaran dan setiap denyutan juga sebenarnya amat mulia bagi mana-mana manusia,Kerana Setiap perjalanan waktu nyawa kita bisa dicabut bila-bila masa sahaja,bahaya itu untuk yang mati dalam keadaan hina dan mulia itu bagi yang mati dalam keadaan dirinya mengingati pencptanya""

Ya Allah,Seandainya tiada cinta insani untukku, Engkau cukupkanlah cintaMu bagiku..Seandainya tiada kerinduan insani untukku, Engkau sempurnakanlah kerinduanku kpdMu.Seandainya tiada bahagia didunia ini untukku, Engkau hamparkanlah kebahagiaan dan keredhaanMu diakhirat sana bagiku...kerna hanyalah Engkau sbg Tuhanku, tempat ku bergantung harap dan memohon hajat...

menangislah di sisi tuhanmu dengan penuh rasa rendah diri, janganlah disimpan resahmu itu tanpa mahu meluahkannya, yakinlah setitis air mata itu amat bernilai disisi ilahi, kerana itu tandanya dirimu semakin disayangi dan dicintai olehNya"

‎" Manusia yang sempurna ialah manusia yang tahu kekurangan dirinya tetapi berusaha mencari kemuliaan di hadapan penciptanya..TETAPI..manusia yang merasakan dirinya sempurna ialah manusia yang tidak mengakui kelemahannya dan tidak pula mahu mencari keredhaan dari penciptanya"""


‎"" kAsihanilah jodohmu kerana tidak adil baginya jika di luar sana engkau tidak seperti yang dimahukan agama sedangkan dia bsungguh memeliharanya,Kasihanilah jodohmu jika dia setia pada pada janji-janji Allah sedangkan kau bebas melanggarnya...Jangan disebabkan keegoanmu membuatkan takdir Allah mengubah segala-galanya,jangan pula disebabkan kejahilanmu semua yang ditetapkan terlerai begitu sahaja"

"''Impian yang telah hilang menyukarkan perjalanan setiap dari kita,Semangat yang semakin berkurangan mematikan terus sisa-sisa perjuangan seorang insan...Namun..janganlah merentapi kekurangan diri yang membuatkan kita menafikan kesmpurnaan yang ada,Kerana manusia yang tidak putus asa adalah orang yang dijanjikan kemenangan di dalam al-quran"


aku dan kekasihku...

kali ni aku nak kongsi tetang KEKASIH aku?(aku type huruf besar tu sbb aku terlmpau sgt rindu kat dia ) penyayang sifatnya.Betol ni....tak tipu punya! pure cintalah nak diketegorikan tu..huhuh. apa taknya, masa aku susah diala yg byk tolong, bila aku susah hati boleh terus mengadu kat dia...direct terus huhuhh...

yang bestnya lgi tu, bila aku dah mengadu kat dia, terasa peace ja...for surelah....KEKASIH, kan? ish! beruntung betol la dapat KEKASIH mcm ni...tak pernah nak sakitkan hati aku. bila2 masa ja aku boleh contact DIA. yang seronok tu, sbb memang betol aku rasa mcm dok dekat ja dalam hati ni! yala, cinta punya pasal kan?

DIA tak kisah pon kalau aku tak ingat kat DIA. tapi rugilah aku. sebab, kalau aku ingat dan contact dia ja mesti aku macam2 la yang aku dapat.tak kiralah, material ka....spiritual ka...emmm memang kekasih sejatila tu!.bila aku rindu kat DIA, baca ja surat2 yang DIA bagi tu. macam2 nasihat ada dalam tu. siap bagi contoh lagi nak suruh aku faham.

aku ni pon ada perasaan jeles gak..tapi sabar jala..sbb dia yang ajar aku erti kesabaran dalam hati ni..hmmm..dia memang ramai peminat, sampai kawan2 aku pon suka kat dia..maklum la dia yg paling terbaik ..so..aku kena la berusaha betol2.. kata org puteh" what you give, you get back" cewahh..huhuhh, klu aku usaha lbh skit. aku dapat lbh la kan?KEKASIH aku ni baik sgt..

hehehe...tu kadang2 aku tgh2 malam ...area pukul 3-4 pagi tu pon, klu aku terjaga aku mesti akan contact DIA. rindu aaaa..sebenarnya, KEKASIH selalu tggu aku contact dia setiap malam, tpi aku ni selalu jgk tertidor ...hmmmm..

tapi aku rasa xsedap hati laa.. mestilah kena hargai apa yang dia bg tu,kan?mak aku kata, klu org dah bagi, suka ka tak suka ka, ambik sajala...pastu pandai2 lah membalas budi..tu yang buat aku sngup berkorban apa ja tu...cewahhhh..huhuhh

DIA suruh aku belajar sunguh2. klu boleh belajar semua ilmu, sbb. KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius...DIA kata, tanpa ilmu, amal yg aku buat selama ni sia2 ja la..DIA pon tmbh sayang kat aku klu aku rajin belajar. malu la sebenarnya nak ckp ni..emm.....aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lg pon..belum ada masa yg sesuai la tapi..KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa jgk..sekarang ni menghitung hari la aku ni. tapi kecut perut gak! takut!!.aku mesti bersedia awal2..

dari surat2 DIA yg ada tu, aku tau la apa yang dia suka, apa yg DIA x suka. mestila aku nak buat apa yg DIA suka, so that, DIA tmbh2 sayang la kat aku kan? takpa la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa2 yg DIA syng, DIA bg hadiah istimewa yg aku x prnh terfikir pon!

ish! rindu sangat dah ni!.

KEKASIH....AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI...WALAUPON NYAWA DIGALANG GANTI, MENGADAIKAN CINTA TERAGUNG INI,TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPON TAK PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA....ITULAH KEKASIHKU...ALLAH S.W.T...CINTA TERAGUNGKU!



Monday, 21 February 2011

doa pilihan..

Doa Untuk Mendapat Rezeki Yang Halal


Maksudnya : "Ya Allah, wahai Zat Yang Maha Kaya, wahai Zat Yang Maha Terpuji, wahai Zat Yang Memulai, wahai  Zat Yang Mengembalikan, wahai Zat Yang Maha Penyayang, wahai Zat Yang Maha Pengasih. Cukupilah kami dengan kehalalan-Mu dari keharaman-Mu. Cukupilah kami dengan anugerah-Mu dari selain-Mu Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan para sahabat beliau."Penjelasan :
Telah diceritakan bahawa sebahagian Ulama berkata: " Barang siapa yang membiasakan membaca doa tersebut sesudah solat fardu minimum satu kali, maka Allah menjadikan kaya kepadanya.  Atau barangsiapa yang membaca doa tersebut sesudah solat Jumaat maka hutangnya akan lekas terbayarkan Sehingga dengan demikian hidupnya akan menjadi tenteram, mensyukuri apa yg diberikan Allah kepadanya.
 
Doa memohon ilmu yang baik , Rezeki dan Kesehatan
"Ya Allah, aku memohon kepada Engkau ilmu yang berguna, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala jenis penyakit."
 
Doa Pemikat  

Mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman sangat mencintai Allah."
Doa Pembuka Rezeki  


"Ya Allah, cukupilah aku  dengan kehalalanMu dari keharamanMu dan cukupilah aku dengan kurniaMu dari selainMu !"Penjelasan: Telah diriwayatkan, bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda: " Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak seratus kali sesudah solat Jumaat, kemudian membaca doa tersebut sebanyak tujuh puluh kali, maka baginya tidak akan mengalami kefakiran"
Sebagian riwayat mengatakan: " Barangsiapa yg membaca doa di atas, maka Allah akan mengabulkan kepadanya seratus macam hajat, tujuh puluh hajat akhirat dan yang tiga puluh lagi hajat di dunia.
 
Doa Untuk Mendapat Cahayamata / keturunan  
Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku sendirian (tanpa meninggalkan zuriat) dan  Engkau adalah waris yang paling baik"
(Surah Al-Anbiyaa', Ayat 89).
Penjelasan: Doa tersebut adalah doa Nabi Zakaria a.s yang amat ingin memiliki anak. Lalu Allah memperkenankan doa Nabi Zakaria dengan lahirnya seorang anak, Nabi Yahya as.
 
Doa Mendengar Petir  
"Maha Sucilah Allah ! Sesungguhnya petir dan para malaikat bertasbih memujiNya karena tunduk kepadaNya"
 
Doa Mohon Terhindar dari Syirik  
Maksudnya: "Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari menyekutukan sesuatu terhadap-Mu yang aku mengetahuinya, dan aku memohon ampunan kepada-Mu dari perbuatan syirik yang aku tidak mengetahuinya. "
 
Doa Memohon Perlindungan dari Kesulitan  

"Tidak ada  Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." (Surah Al-Anbiyâ':Ayat  87).Penjelasan: 
Doa diatas hendaknya diamalkan selalu agar terlepas dari kesulitan.
Nabi Yunus ketika beliau pergi dalam keadaan marah disebabkan umatnya yang tidak mendengar dakwahnya. Nabi Yunus dipertemukan Allah dengan kesengsaraan di laut dan ditelan ikan besar. Dalam perut ikan tersebutlah Nabi Yunus menyesal dan berdoa kepada Allah.Doanya dimakbulkan Allah dan dia diselamatkan Allah, ikan besar itu terdampar di pantai.



Doa Memohon Keampunan


"Ya Tuhanku,! Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui . Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang-orang yang rugi". (QS. 11:47)

Doa Selamat dari Fitnah



"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari siksa neraka Jahanam. Aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah Dajjal yang pembohong. Aku berlindung kepadaMu dari fitnah hidup dan fitnah mati. Aku berlindung kepadaMu dari banyaknya dosa dan hutang. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan fitnah kaya dan kejelekan fitnah fakir. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan pendengaran, penglihatan, lisan dan hatiku. Aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan kepada umur yang terlalu tua. Dan aku berlindung kepadaMu dari mati dalam keadaan ingkar kepada agamaMu."

Doa Memohon Pertolongan



Maksudnya:
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau menghukum jika kami lupa atau tersalah. Wahai Tuhan kami! Jangan bebankan kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau telah bebankan orang-orang terdahulu dari kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak berdaya kami memikulnya.Dan maafkan kesalahan kami serta ampunkan dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami,tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum  yg kafir.
( Surah Al-Baqarah, ayat 286)

Penjelasan:

Diriwayatkan dari sahabat  Abdullah bin Mas'ûd, bahawa Nabi Saw. telah bersabda: "Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir surah Al-Baqarah (ayat 285-286) setiap malam, maka dia akan mendapat keselamatan dari segala bencana dan dijauhi dari gangguan syaitan.


 
Doa Memohon Rezeki  Dari Setiap Penjuru


Maksudnya :
"Wahai Allah limpahkanlah rahmat atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW; sebanyak aneka rupa rezeki. Wahai Zat Yang Maha Meluaskan rezeki kepada orang yang dikehendakiNya tanpa hisab. Luaskan dan banyakanlah rezekiku dari segenap setiap penjuru dan perbendaharaan rezekiMu tanpa pemberian dari makhluk, berkat kemurahanMu jua. Dan limpahkanlah pula rahmat dan salam atas nabi dan para sahabat beliau. "

Ayat Seribu Dinar

Maksudnya:

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Selain usaha dan tawakal, doa satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:
1. Malam Lailatul-Qadar.
2. Ketika hujan turun.
3. Ketika akan dan setelah selesai solat.
4. Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5. Sepanjangbulan ramadhan.
6. Di antara azan dan iqamah.
7. Ketika sujud dalam solat.
8. Ketika iktidal akhir dalam solat.
9. Ketika khatam (tamat) membaca 30 Juz al-Quran.
10. Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur/sholat malam).
11. Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat karena mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12. Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu laillahhaillah.





Counter
4 Tamu sedang online di sini



 

1 comment:

lirik lagu terbaru..(In-sun)


Tajuk: Jangan Kau Nodai
Genre: Nasyid
Pengurus: Nash bin Zain
komposer: amar mubasyir, saidirejab,....




~ Waktu kau bercinta
kau lihat segalanya
semuanya indah
dusta di depan mata

Waktu kau bercinta
kau lihat segalanya
dunia bagai syurga
syaitan sedang menggoda


Pulanglah engkau pada tuhan yang mencipta kita
Janganlah engkau menghalalkan apa yang diharamkan

#korus
--------------------------------------
~ Jangan kau nodai
cinta suci itu
kerana ia, anugerah ilahi
cinta sebenarnya hanya untuk tuhan
jagalah ia ,dengan sebaiknya
--------------------------------------
Cinta, Sebenar cinta
hanya untuk tuhan
yang mencipta kita
jangan, jangan terpesona
dengan cinta dunia
cinta yang dusta
jangan, jangan terpesona

Cinta, suci
Cinta ilahi, yang membawa ke syurga ilahi

Cinta suci
Cinta hakiki, yang membawa ke syurga abadi

# kepada yang berminat untuk mendapatkan lagu nasyid ini boleh terus hubungi pihak kami di talian......017-4825532..