perantau desa

perantau desa
kusampaikan salam ucapan mesra..

cetusan atma..


''.....JIwa manusia tidak terlepas dari resah bila mula mencintai selain Allah, Biarpun begitu fitrah manusia tidak terlepas dari ingin mencintai dan dicintai...Usahlah dirimu keliru bila bercinta itu dikatakan salah, kerana bukan Allah sengaja menghalang fitrahmu , hanya DIA ingin pastikan kau miliki cinta yang diredhai..."""


"Hebatnya perasaan yang Allah cipta pada diri setiap manusia, hanya sekilas rasa perasaan mampu mengubah kita samada mencintai penciptanya atau tersungkur jatuh..hebatnya perasaan kerana dengannya ia bisa menjauh dan mendekatkan sesama manusia tetapi lemahnya manusia kerana hanya sesaat ,perasaan mampu meruntuhkan iman manusia yang sebelum ini terbina teguh.."


""" Manusia yang sempurna ialah manusia yang tahu kekurangan dirinya tetapi berusaha mencari kemuliaan di hadapan penciptanya..TETAPI..manusia yang merasakan dirinya sempurna ialah manusia yang tidak mengakui kelemahannya dan tidak pula mahu mencari keredhaan dari penciptanya"""


"...Hati manusia diciptakan berbelah bahagi bila terjerat dengan perasaan ,Disebalik perasaan itu Allah ciptakan akal untuk menilai semula apa yang dirasanya..Ternyata ,iman akan memujuk akal supaya bijak membuat pilihan dan nafsu juga terus menggoda hati untuk membuat kputusan yang tergesa-gesa....""


""manusia yang lemah tanpa iman mudah untuk disungkurkan sekalipun musuhnya itu hanyalah manusia biasa..Akan tetapi..Manusia yang hebat dengan Iman di jiwanya sungguh istimewa sehingga malaikat juga perlu mengakuinya""

"" ...Jika mencintai Manusia, janganlah mencintainya sepenuh hatimu ,kerana bila sampai waktunya mungkin kau tidak akan diperlukan lagi..Tetapi jika mencintai manusia ,kongsilah rasa cinta itu pada yang ESA kerana dirimu akan tahu siapa sebenarnya yang lebih "layak" untuk dicintai......"""


"" kAsihanilah jodohmu kerana tidak adil baginya jika di luar sana engkau tidak seperti yang dimahukan agama sedangkan dia bersungguh memeliharanya, Kasihanilah jodohmu jika dia setia pada pada janji-janji Allah sedangkan kau bebas melanggarnya...Jangan disebabkan keegoanmu membuatkan takdir Allah mengubah segala-galanya,jangan pula disebabkan kejahilanmu semua yang ditetapkan terlerai begitu sahaja"


''...Akhir hidup manusia ada yang seperti yang dimahukan dan ada juga yang tidak disangkakan ,keinginan yang kita kejar buatkan hati dan jiwa semakin berpaling dari landasan sebenar..janganlah terlalu mengikut telunjuk hati yang setiasa mahukan kesmpurnaan,Tetapi terimalah segala kekurangan kerana itulah "kesempurnaan" buat mereka yang sentiasa sabar...""
‎"usia manusia sentiasa terus menghampiri ketetapan penciptanya ,tiada yang mampu menghalangnya daripada terus menghampiri penghujung jalan ,..bila usia berakhir akan terungkailah segala-galanya ,apakah semasa hayat tuannya cinta yang didambakan tulus untuk Allah atau hanya tutur di lisan"

Mulut berkata inginkan syurga, namun hati jauh dariNya, sentiasa dipenuhi dgn cinta dan rindu manusia..Mulut kata takutkan neraka, namun diri tak lekang dari melaksanakan kemurkaanNya, hingga tiada kesal dirasai oleh jiwa..Sedarilah, mahar syurga itu tiada ternilai harganya, mana kan mungkin dapat dibayar dgn amalan kita smata2?namun dikurniakannya krn keagungan rahmatNya..

Ø Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya


bagi seseorang."setiap detik setiap masa ataupun setiap saat adalah begitu bahaya untuk mana-mana manusia,Setiap nafas setiap getaran dan setiap denyutan juga sebenarnya amat mulia bagi mana-mana manusia,Kerana Setiap perjalanan waktu nyawa kita bisa dicabut bila-bila masa sahaja,bahaya itu untuk yang mati dalam keadaan hina dan mulia itu bagi yang mati dalam keadaan dirinya mengingati pencptanya""

Ya Allah,Seandainya tiada cinta insani untukku, Engkau cukupkanlah cintaMu bagiku..Seandainya tiada kerinduan insani untukku, Engkau sempurnakanlah kerinduanku kpdMu.Seandainya tiada bahagia didunia ini untukku, Engkau hamparkanlah kebahagiaan dan keredhaanMu diakhirat sana bagiku...kerna hanyalah Engkau sbg Tuhanku, tempat ku bergantung harap dan memohon hajat...

menangislah di sisi tuhanmu dengan penuh rasa rendah diri, janganlah disimpan resahmu itu tanpa mahu meluahkannya, yakinlah setitis air mata itu amat bernilai disisi ilahi, kerana itu tandanya dirimu semakin disayangi dan dicintai olehNya"

‎" Manusia yang sempurna ialah manusia yang tahu kekurangan dirinya tetapi berusaha mencari kemuliaan di hadapan penciptanya..TETAPI..manusia yang merasakan dirinya sempurna ialah manusia yang tidak mengakui kelemahannya dan tidak pula mahu mencari keredhaan dari penciptanya"""


‎"" kAsihanilah jodohmu kerana tidak adil baginya jika di luar sana engkau tidak seperti yang dimahukan agama sedangkan dia bsungguh memeliharanya,Kasihanilah jodohmu jika dia setia pada pada janji-janji Allah sedangkan kau bebas melanggarnya...Jangan disebabkan keegoanmu membuatkan takdir Allah mengubah segala-galanya,jangan pula disebabkan kejahilanmu semua yang ditetapkan terlerai begitu sahaja"

"''Impian yang telah hilang menyukarkan perjalanan setiap dari kita,Semangat yang semakin berkurangan mematikan terus sisa-sisa perjuangan seorang insan...Namun..janganlah merentapi kekurangan diri yang membuatkan kita menafikan kesmpurnaan yang ada,Kerana manusia yang tidak putus asa adalah orang yang dijanjikan kemenangan di dalam al-quran"


aku dan kekasihku...

kali ni aku nak kongsi tetang KEKASIH aku?(aku type huruf besar tu sbb aku terlmpau sgt rindu kat dia ) penyayang sifatnya.Betol ni....tak tipu punya! pure cintalah nak diketegorikan tu..huhuh. apa taknya, masa aku susah diala yg byk tolong, bila aku susah hati boleh terus mengadu kat dia...direct terus huhuhh...

yang bestnya lgi tu, bila aku dah mengadu kat dia, terasa peace ja...for surelah....KEKASIH, kan? ish! beruntung betol la dapat KEKASIH mcm ni...tak pernah nak sakitkan hati aku. bila2 masa ja aku boleh contact DIA. yang seronok tu, sbb memang betol aku rasa mcm dok dekat ja dalam hati ni! yala, cinta punya pasal kan?

DIA tak kisah pon kalau aku tak ingat kat DIA. tapi rugilah aku. sebab, kalau aku ingat dan contact dia ja mesti aku macam2 la yang aku dapat.tak kiralah, material ka....spiritual ka...emmm memang kekasih sejatila tu!.bila aku rindu kat DIA, baca ja surat2 yang DIA bagi tu. macam2 nasihat ada dalam tu. siap bagi contoh lagi nak suruh aku faham.

aku ni pon ada perasaan jeles gak..tapi sabar jala..sbb dia yang ajar aku erti kesabaran dalam hati ni..hmmm..dia memang ramai peminat, sampai kawan2 aku pon suka kat dia..maklum la dia yg paling terbaik ..so..aku kena la berusaha betol2.. kata org puteh" what you give, you get back" cewahh..huhuhh, klu aku usaha lbh skit. aku dapat lbh la kan?KEKASIH aku ni baik sgt..

hehehe...tu kadang2 aku tgh2 malam ...area pukul 3-4 pagi tu pon, klu aku terjaga aku mesti akan contact DIA. rindu aaaa..sebenarnya, KEKASIH selalu tggu aku contact dia setiap malam, tpi aku ni selalu jgk tertidor ...hmmmm..

tapi aku rasa xsedap hati laa.. mestilah kena hargai apa yang dia bg tu,kan?mak aku kata, klu org dah bagi, suka ka tak suka ka, ambik sajala...pastu pandai2 lah membalas budi..tu yang buat aku sngup berkorban apa ja tu...cewahhhh..huhuhh

DIA suruh aku belajar sunguh2. klu boleh belajar semua ilmu, sbb. KEKASIH aku ni memang cerdik+bijak+genius...DIA kata, tanpa ilmu, amal yg aku buat selama ni sia2 ja la..DIA pon tmbh sayang kat aku klu aku rajin belajar. malu la sebenarnya nak ckp ni..emm.....aku sebenarnya belum pernah jumpa DIA lg pon..belum ada masa yg sesuai la tapi..KEKASIH aku ni dah janji, satu hari nanti, mesti jumpa jgk..sekarang ni menghitung hari la aku ni. tapi kecut perut gak! takut!!.aku mesti bersedia awal2..

dari surat2 DIA yg ada tu, aku tau la apa yang dia suka, apa yg DIA x suka. mestila aku nak buat apa yg DIA suka, so that, DIA tmbh2 sayang la kat aku kan? takpa la, berkorban sekarang, sebab dia dah janji, sapa2 yg DIA syng, DIA bg hadiah istimewa yg aku x prnh terfikir pon!

ish! rindu sangat dah ni!.

KEKASIH....AKU BERJANJI, AKU AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI...WALAUPON NYAWA DIGALANG GANTI, MENGADAIKAN CINTA TERAGUNG INI,TIDAK SAMA SEKALI. WALAUPON TAK PERNAH BERJUMPA, AKU TETAP BAHAGIA....ITULAH KEKASIHKU...ALLAH S.W.T...CINTA TERAGUNGKU!



Monday, 14 March 2011

Tapi Knp??mak aku senyumanku..Allah tidak membebani umatnya melainkan setimpal dengan kemampuan umatnya..

Kenapa dengan nasib aku ni, selalu ditimpa malang betolla..selalu aku ja yg kena uji dengan ujian yg besar2 mcm ni. aku ni dah xlarat dah..dah tak kuat dah..selalu aku ja yg kena..kawan2 pn kawan dgn aku sebab nak main2 ja dgn aku..depa buat aku macam alat jenaka bagi depa..bukan la sampai kena buli tpi selalu aku ni digelakan oleh kawan2.aku pon manusia jgk, ada perlbagai perasaan,knp aku ja yg kena jaga hati dorng.knp xdorng plk jga hati aku..bukan aku nak semua ni tapi tlong faham isi hati aku jgk.hmm..cuma sorang ja yg tau perangai isi hati aku ni..dia la sebaik kawan dia la kawan sejatiku..dia la abg padil..selalu tolong aku..klu xkerana dia, dah lama aku msih terus macam ni..pasal keluarga aku ..hanya mak aku ja yg selalu aku jadikan rujukan, dia xhenti2 ceritakan kpd ku erti hidup susah sebelum senang..knp dia ceritakan semua ni kat aku? pastila ada sebabnya kan..selama dia hidup ,dia cuma nak tgk anak2 dia senang ja..walaupon dia hidup susah.aku teringat lagi waktu aku kecik dulu, dia la yg cari secebis beras nak bg aku makan, dia terpaksa berhutang untuk nak tgk aku dan abg n kakak aku makan.waktu org ramai hidup makan sedap2, aku masih lg mcm org dulu2..hanya ubi kayu menjadi makan harian..aku bersyukur yg amat dah sebab boleh hidup lg..aku kagum dengan mak aku, macam mana dia jaga aku ,abg n kakak aku smpai jadi insan.walaupon dia xada ilmu pengetahuan tapi mcm mn dia boleh ajar abg n kakak aku smpai boleh masuk universiti.sebelum ni aku pon tak terfikir ..tapi baru aku sedar knp abg n kakak aku bolh capai tahap insan yg berguna..hmm rupa2nya..abg n kakak aku blh jdi mcm tu sbb kesedaran mereka la..mereka sedar bahawa "dah la harta xada ,harta yg boleh kita ada hanyalah ilmu ja."sebab tu la dorang belajar sungguh2 .aku kagum dgn abg n kakak aku.hmm cerita pasal dorang smpai bila2 pn xhabis..mak aku adalah teman aku borak2..dia macam memahami isi hati aku..misalnya..mcm mn dia bloh tau aku nak ckp sesuatu kat dia masa tu..dia dgn spotan kata "hmm nak bgtau apa" hahaha teperanjat aku masa tu.macam tau2 ja..hmm sekarang ni dia masih boleh jadi teman borak2 aku walupn umur dia dah meningkat..hmm aku mula risau pasal tu..dia akhir 2001 mula menunjukkan riaksi yg dia ada masalh penyakit ..aku dok jauh dengan dia..setiap malam aku selalu risau ttg mak aku..aku nak tpon dia tpi dia xpandai guna tpon..risaunya....nasib baik kakak n abg aku sentiasa ada dirumah..aku tpon kakak aku la tya ttg mak..hampir setiap hari aku memikirkan ttg mak aku ni..rasa mcm nak lari balik ja dri belajar kat sini..klu boleh aku nak jaga mak aku ja, xmau belajar lagi..tpi aku dgr kata2 abg aku..dia suruh aku bertahan sikit masa lg ja..aku pon dah nak habis dah belajar..cuma tgal 1 tahun ja lagi..lps tu aku balik nak jaga mak aku.."mak tggu cek naa"dah tak lama dah cek nak habis kat sini. hmm..sebut pasal tmpat belajar aku plk..aku ni ibarat dah tersasar dari ilmu kemahiran aku..aku minat melukis..tpi ..kat sini aku ambik kos ijazah muamalat..hmm mmg dah jauh lari tuu..tpi xpa la..semua tu ilmu allah jgk..kat mn pon kita belajar sma ja..yg penting ilmu yg berguna ..kat sini jgk kali pertama aku mula melihat pelbagai perangai palajar2 kat sini..susah nak ramal sbb kat sini islamic skit..tpi dri pandangan aku..xsemua mcm tu...macam tu??? apa maksud tu? hmm faham2 ja la..aku ni xlayak cerita pasal masalah kat sini..aku ni selalu buat org marah ja,xsuka dgn aku, benci dgn aku..bila dorang susah baru la nak minta pendapat aku..aku ni xkedekut ilmu..klu aku blh jawab aku jawab la..tpi klu xbolh aku selalu mintak sory3..sory3?? hmm itu ja la yg mampu aku katakan ..sory3 tu maksd yg aku berikan..nnti aku ceritakan...pasal knp bila aku silp aku akn minta maaf bnyak kali tanpa rasa bosan sedikit pn kat org yg rasa bersalah...sbbnya..sory300.". dengan seiklas hati ini memohon siribu kemaafan yg teramat aku mohon kpd org yg aku pohon sgt2, dgn sepenuh jiwa aku ni memohon xtau nak kata mcm mn dah..,dan..soryy300 jgk,dgn diri yg hina aku ni, yg selalu buat org mrjuk atau marah kat aku ni.maaf kupohon yg teramat sgt....
Ya Allah...betol la kata mak aku..."kita ni org kg ja saidi, jangan la cek bg org marah ,merajuk,benci kat cek, nnti hati cek hidup xtenang plk, biar la org nak kata apa pon kat kita cek tpi jangan sesekali buat org xsuka dgn kita..samala klu cek dah kawin nnti..ehhh apa maksud "samala klu cek dah kahwin nnti"???hmmm..
hmm cerita pasal kawin ni plk..seumur hidup aku xpernah aku terfikir nak kawin ka,cari awek ka,tpi..knp tba2 aku suka kat seseorg ni..aku suka dia sbb suaranya,matanya,cara berjalannya...dan yg paling aku suka ttg dia ni..dgn dia aku rasa xbosan bila chat dgn dia...tpi...........aku ni xpandai nak ambik hati, lps tu selalu buat dia marah..buat dia marajukk...sory300..adoiii.aku cuma nak semua gembira ja, xda lg kesedihan lg..tula kan.aku ni.klu dah budak kg tu ttp kg jgk...hmm xpa la..aku terima ja la segala kelemahan aku ni..hmm...lah tahzan..mungkin lps ni susah bg aku nak senyum seprti hari seblm ni..mungkin xda lg senyuman aku..mesti kawan2 dlm kls xgembira lagi bila aku presntion kat dpn.xada lg lawak aku .mgkin ambil masa yg lama untuk kembalikan senyuman yg mak aku sendiri ajar aku waktu kecik dulu...mak kata dulu"cek , senyum tu bg org sekeliling suka,senyum la walau susah hati skit pon,sudah cukup untuk menenagkan hati org sekeliling..".kata2 tu yg msih aku ingat..
MAK...cek rindu la kat mak..mak tggu tauu..

2 comments:

  1. senyum itu indah.... dengan senyum tu merawat duka di hati dan duka yg memandang ^^
    senyumlah walaupun hatimu disakiti...

    ReplyDelete
  2. kisah kita hampir serupa...
    seronok membaca... terasa diri sendiri yg menulis...

    ReplyDelete

lirik lagu terbaru..(In-sun)


Tajuk: Jangan Kau Nodai
Genre: Nasyid
Pengurus: Nash bin Zain
komposer: amar mubasyir, saidirejab,....




~ Waktu kau bercinta
kau lihat segalanya
semuanya indah
dusta di depan mata

Waktu kau bercinta
kau lihat segalanya
dunia bagai syurga
syaitan sedang menggoda


Pulanglah engkau pada tuhan yang mencipta kita
Janganlah engkau menghalalkan apa yang diharamkan

#korus
--------------------------------------
~ Jangan kau nodai
cinta suci itu
kerana ia, anugerah ilahi
cinta sebenarnya hanya untuk tuhan
jagalah ia ,dengan sebaiknya
--------------------------------------
Cinta, Sebenar cinta
hanya untuk tuhan
yang mencipta kita
jangan, jangan terpesona
dengan cinta dunia
cinta yang dusta
jangan, jangan terpesona

Cinta, suci
Cinta ilahi, yang membawa ke syurga ilahi

Cinta suci
Cinta hakiki, yang membawa ke syurga abadi

# kepada yang berminat untuk mendapatkan lagu nasyid ini boleh terus hubungi pihak kami di talian......017-4825532..